Jumaat, 3 Februari 2012

RINDU INGIN BERTEMU


Dalam kesunyian aku rindu ingin bertemu,
dan bertambah dalam rindu ku
bila malam dipenuhi cahaya bintang.
Bila ku curahkan rasa yang terpendam,
rasa sedih dan kesal,
jatuh airmata tercurah kedada bumi.

Rasanya aku telah jauh darimu,
malah engkau telah berpaling dari ku,
kerana aku telah kotor,
dikotori oleh pedaya duniawi ini.

Dan malam yang berlalu dan mendatang,
aku masih merenung malam yang
dipenuhi cahaya bintang yang
adakalanya malam itu gelap tanpa cahaya.

Namun aku tahu dan yakini engkau
tetap ada dan wujud,
kerana aku adalah hambamu,
hambamu yang bersujud dan ingin bertaubat
menujui kejalanmu.
 
oleh Zazali Ramli pada pada 25hb Oktober 2010 pukul 5.48 pagi